Tuesday, 13 August 2013

Wahai Pencipta dan Penjaga Hati

Lewat malam ini hati ku berbicara sendiri,mengapa masih teruji dan diuji.Dimana silap nya diri?.Merenung sejenak pada diri.Masih banyak rupa nya Nikmat dan Rahmat yang masih belum ku syukuri.

Wahai Kekasih Hati......
Rupa nya hamba Mu ini leka dan khayal dengan apa yang telah Engkau beri,rupa nya hamba Mu ini terlupa atau sengaja melupai dengan apa yang telah Engkau kurniai.Angkuh dengan setiap pemberian lupa dengan setiap kurniaan.Malu nya diriku ini Wahai Kekasih hati.

Wahai Cinta Hati.....
Hamba mu ini sibuk mengejar dan mengharap pada mereka yang belum tentu dapat memberikan sepenuhnya kasih sayang pada ku,hamba Mu ini lupa bahawa Hati ini telah pun dimiliki,telah lama dan terlalu lama dijaga,tidak pernah di lukai,tidak pernah dikecilkan hati, tidak pernah di biar sendiri,tidak pernah di biarkan sedih,tidak oernah dibiarkan sendiri.

Wahai Permata Hati......
Hamba Mu ini terlalu banyak ku membiarkan hati milik Mu ini tidak dijaga,sedangkan Engkau terlalu menyayanginya.Engkau jaganya dengan rapi.Ampunkan diri ini,kerana leka dan alpa.Tegurlah hamba Mu ini.Jangan biarkan kunterus melukai hati milik Mu ini.

Wahai Penjaga Hati...
Jangan Engkau biarkan hamba Mu ini....