Wednesday, 22 March 2017

JODOH RAHSIA ALLAH

Jodoh...

Jodoh pertemuan,ajal,maut semua rahsia Allah...
Sememang nya benarkan?.Aku sedang memastikan apakah yang sedang aku lalui ini jodoh atau pun pembelajaran dalam aku mengenal erti satu pertemuan.

Pertemuan setahun yang lalu membuat kan aku terfikir...apakah Allah telah temukan aku dengan insan yang bernama lelaki ini adalah jodoh ku atau mungkin ianya adalah sebahagian rencah perjalanan hidupku.

Dia aku kenali dalam satu majlis...Kisah setahun dulu...Lelaki yang memang menjadi pilihan aku ialah seorang yang smart,kemas,kuat ilmu agama nya.itu pilihan aku .Sebab aku nak suami ku nanti dapat mendidik,membimbing aku dengan ilmu Agama dengan sebaiknya.Rupanya pilihan aku itu bukan pilihan Allah buatku...Tapi pilihan Allah sebalik nya....

Dia seorang yang sangat simple,berambut panjang,seorang mat rider...sewaktu melihat dia hati ini terdetik...smart nya dia ni...ha ha ha....smart yang menjadi pilihan ku ini kah?Astaghfirullah hal azim....Lelaki berambut panjang ini yang ku kata kan smart...Allah hu akbar.

Dia ku intai dari celah celah manusia dalam majlis itu..sempat aku lihat wajah nya,seorang yang serius nampak nya...sedang hati berkata untuk kenal,namun otak ku berputar berfikir mungkin dia sudah pun bernikah,kerana sahabat sahabat nya semua nya telah pun beristeri...Maka ku lupakan saja hajat ku.

Muka Buku ku buka...tangan pula mula menari di dada handphon melihat satu persatu...semua nya aturan Allah.Allah jua yang menggerakkan nya.Nama nya terpampang nah...klik! aku add dai untuk memenuhi senarai friendlist,dalam hati add kerana dia salah seorang dari ahli group.

Hari berganti...like,komen pun mula memenuhi ruang status...Namun masih ada tanda tanya...
November bermula segala nya,perkenalan ini semakin meniti perjalanan nya...Allah rancang segala nya...Aku yang hanya berserah pada Allah...kerana aku tidak mahu untuk mengenali dia tanpa pertolongan Allah.

Sehingga ke hari ini aku masih lagi menanti jawapan dari Allah.Semoga Allah permudahkan...Aku hanya mampu mendoakan terbaik buat dia.

Ya Allah Seandai nya dengan mengenali dia menjadi kan aku lebih dekat dengan Mu,aku mohon eratkan kasih sayang kami,jika mengenali dia membuatkan aku leka dan menjauh dari Mu,aku mohon lenyapkan dia dari ingatan ku.

Seandainya dia sedang bertungkus lumus mencari rezeki untuk menghalalkan ku,aku memohon jaga dia ,iman nya,amalannya,pergaulannya dan diri nya untuk ku,Jika dia sedang memperbaiki diri,maka perbaikilah diri ku Ya Allah.

No comments:

Post a Comment